Kunjungan Timbalan Pengarah JPNJ

Kunjungan Timbalan Pengarah JPNJ

Rabu, 17 Mac 2010

AWAL PERSEKOLAHAN 2010

Sesi Persekolahan di SK Punan telah bermula pada 04 Januari 2010 dan berjalan dengan baik. Pada tahun ini 3 orang guru lelaki dan 2 orang guru perempuan iaitu seramai 5 orang guru baru yang telah berdaftar masuk di sekolah ini. Guru tersebut ialah En Syed Muhd Zahinyr bin Syed Abdul Rahim, En Mohd Haniff Mubarak bin Mohamad, En Muhammad Khir bin Abd Wahid, Pn Mizubella anak Sembunyi dan Cik Hanizah a/p Ngah. Ini menjadikan sekolah ini mempunyai 13 orang guru yang ditempatkan bagi mendidik anak murid di pedalaman Johor.

Webmaster mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua guru yang sanggup berkorban mengajar di kawasan pedalaman bagi menyahut seruan kerajaan. Tidak lupa juga kepada Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Johor dan Pejabat Pelajaran Daerah Kluang yang sentiasa mengambil berat tentang kebajikan guru yang ditempatkan di kawasan pedalaman. Semoga guru-guru lebih bersemangat dalam melahirkan masyarakat yang cemerlang dan terbilang suatu hari nanti.


Tenaga pengajar SK Punan 2010

3 ulasan:

  1. tahun 2011 tiada kemasukkan guru.. bermakna tinggal 10 orang guru sahaja yg msh berjuang di sekolah ini.... teruskan usaha..

    BalasPadam
  2. 07.02.2011 Alhamdulillah seorang guru daftar masuk ke sekolah ini.

    BalasPadam
  3. Mohon pn mizubella sembunyi hubungi saya..0172635393.
    Sahabat lama yg xdapat dihubungi 😊

    BalasPadam